Jamuan Raya...




Pada hari Sabtu yang lepas...10 Oktober 2009 bersamaan 21 Syawal 1430H aku dan isteri bekerjasama mengadakan majlis rumah terbuka atau dalam bahasa org puteh...Open House. Menu utama Nasi Special berlauk ayam masak tomato. Menu sampingan... puding,buah tembikai ( tanpa biji ), karipap dan kueh kueh raya yang ditaja oleh rakan rakan. Majlis bermula seawal jam 11.30 am hingga la pukul 6.00 pm. Oleh kerana penat sangat layan tetamu..lupa pulak nak ambil gambor buat bukti kat Pak BelalangDewa.. bukan apa..dia bukan percaya sangat dgn cerita aku nie... aku pun serupa jugak...bukan percaya sangat dengan dengan cerita cerita dia..
Untuk membuktikan aku tak tipu atau saja reka cerita..aku sempat la ambil 3 keping gambar selepas selesai majlis... aku kena pulangkan balik kerusi meja yang aku pinjam daripada Persatuan Penduduk Taman Desa Indah..

Selamat Hari Lahir Yang ke 5 tahun..Alea




8 Oktober... Hari ulang tahun kelahiran Alea. Oleh kerana Alea lahir sama bulan dengan abah...abah belanja Alea makan kek yang special... Kek Cheese berkuah Blueberry... fuhhh.. sedapppp... Pak Belalang Dewa pun tak pernah makan kek nie tau !
Sempena Hari Lahir Alea... Abah doakan yang terbaik untuk Alea..mudah mudahan Alea berbahagia hidup di dunia dan di akhirat...Amin.

Syabas Alea...


Syabas Alea.Bulan Ramadhan yang baru lalu Alea dah puasa 17 hari... Alhamdulillah.Baru nie... Abah dapat tau Alea dah bertukar dari Iqra 1 ke Iqra 2. Tahniah..walaupun Alea baru berumur 5 tahun.. tapi Alea dah buktikan pada Abah dan Mama..Alea boleh lakukannya. Syabas juga untuk kakak CT kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada Alea.

Banjir...


Petang semalam...5.10.2009... hujan lebat tanpa henti telah mengundang banjir di sekitar sekolah tempat aku bertugas. Air naik dengan begitu cepat. Antara puncanya... sistem perparitan yang tidak lagi berfungsi dengan sempurna. Selalunya sekolah nie menjadi pusat pemindahan mangsa banjir... tapi jika keadaan nie berterusan tak mustahil lepas nie... sekolah nie akan turut diisytiharkan sebagai kawasan bencana. Harapan ku...pihak berwajib akan segera memperbaiki sistem perparitan di sekitar kawasan sekolah.. mudah mudahan sekolah yang penuh dengan seribu satu kenangan nie akan terus dapat berbakti kepada anak anak kampung Alor Pongsu.

Lawatan Sambil Belajar

Pada hari raya yang kelima..aku berkesempatan pergi menziarahi seorang rakan yg juga merupakan seorang blogger yang tersohor di alam maya ini...saudara BelalangDewa.
Selalunya prosedur lawatan memang banyak karenah birokrasi...kena taip surat kebenaran la.. kena ambik pas lawatan la... tapi melalui kad VVIP BelalangDewa... aku dapat masuk ke dalam bangunan RTM dengan mudah. Aku dibawa melawat unit berita RTM. Rasa kagum la dengan segala kemudahan canggih yang ada..hampir segenap bahagian unit berita aku tinjau...cuma tandas je tak sempat nak masuk...rasanya canggih jugak kot...
Selepas penat berpusing di sekitar bangunan RTM.. kami pun bergerak ke Bkt Angkasa untuk minum pukul 2. Biasa la... BelalangDewa yang tukang bayor... yea la..bila lagi nak meraikan tetamu.
Malam tu aku kepenatan... kaki kebas...maklum la lama dah tak berjalan dan naik turun tangga stesen Komuter dan LRT....
Terima kasih BelalangDewa. Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi.


p/s : Kredit juga untuk isteriku kerana telah mengurut kaki ku yang kebas sehingga sembuh...thank you very much.


satu hari....



satu hari... aku teringin nak masak
satu hari... aku pun goreng la ayam
satu hari... ayam yang aku goreng tu keras dan liat la pulak
satu hari... aku pun tinggal la balance ayam tu kat family aku
satu hari....aku dapat tau.... ayam goreng yang keras dan liat tu... dihumban ke dinding oleh anak
ke tiga aku....
satu hari....aku dah insaf... aku dah tak goreng sebarang ayam lagi...