Minggu Peperiksaan



Hari nie..31.3.2009..murid kat sk alor pongsu sedang bertungkus lumus menjalani ujian selaras 1. aku kena bertugas sebagai pengawas peperiksaan. bila aku tengok murid murid aku berkerut kerut dahi menjawab soalan mathematics dalam bahasa inggeris..aku pun terpikir jugak...kalau aku la dulu jawab soalan macam nie..entah la. lain yang ditanya..lain pulak yang aku jawab agaknya. Sepanjang aku mengawasi peperiksaan ini..letih jugak aku melayan pertanyaan murid aku yang tak paham bahasa inggeris. nasib baik dulu aku kawan dgn mat saleh..aku tau jugak la bahasa orang puteh nie. sekarang nie sibuk orang memperkatakan tentang PPSMI..kabinet pun dah bersidang tentangnya...kita tunggu saja la apa hasilnya...dan sebagai guru..tugas aku hanyalah..saya yang menurut perintah.

PUTRAJAYA..




Semasa aku mula mula kerja dan jadi wargakota..sekitar tahun 1995- 1997... projek mega negara Putrajaya,KLCC dan Menara KL telah siap dan mula menjadi sebutan wargakota. Ada yang kata projek mega ini membazir dan ada juga yang bangga kerana siapa sangka negara sekerdil Malaysia mampu mempunyai bangunan hebat seperti ini.
Aku sebenarnya pernah pegi ke Putrajaya pada masa awal kemunculannya. Ikut rombongan sekolah. aku sebagai guru pengiring. Waktu tu..kami cuma berlegar di sekitar Dataran Putrajaya. Pada waktu, aku dah mula tertawan dan kagum dengan keindahan dan keunikan Putrajaya.
Namun, hajat aku nak rasa macam mana kehidupan di Putrajaya akhirnya termakhbul. Mengambil kesempatan daripada tugas menghantar ibu bapa ku ke KLIA, kami sempat bermalam di rumah adik aku di Putrajaya. Selama 2 hari 2 malam aku di Putrajaya..aku rasa seronok juga dengan cara kehidupan di sini. Semuanya teratur dan banyak kemudahan disediakan untuk penghuninya. Siap ada kolam renang kat Pusat Komuniti setiap Presint.
Aku rasa seronok bila mengetahui...negara kita memiliki satu bandar secanggih Putrajaya...

A&W

On the way balik ke Perak..aku sempat singgah kat restoren A&W kat jejantas highway Sg. Buloh. Sejak isteri aku memperkenalkan produk A&W..aku pun suka layan makanan kat sini. Aku suka rootbir floatnya. Isteri aku pun suka rootbir float dan onion rings... so aku ta pau la untuk mereka. Nanti sampai rumah..makan ramai ramai.

Mak dan Abah dah selamat sampai ke Jeddah


Detik detik mak,abah dan maksu bergerak menuju ke pesawat. Selamat mengerjakan umrah untuk mak,abah dan mak su . Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Waktu mak dan abah bergerak menuju ke pesawat..YAYA menangis sedih. Dia rindu kat atuk dan tok wan dia....
Semalam hari Ahad..29.3.2009..aku sekeluarga pegi ziarah rumah mak dan abah di TT Serong. Entah kenapa tiba tiba aku sedih..selalu ada kelibat abah kat kedai makan...mak pulak duduk di dapur...
Taufik ada kawan temankan dia..ok la..
Lepas kami tolong siram pokok pokok mak dan abah..kami terus bergerak ke pasar malam Taman Pekaka.

KE KLIA...HANTAR MAK DAN ABAH PEGI UMRAH



Hari nie..26 Mac 2009..aku ambik cuti. Nak hantar mak dan abah ke Putrajaya..rumah adik aku. Besoknya..Insyaallah..mak dan abah akan ke KLIA,Sepang. Mereka akan menaiki pesawat menuju ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Semoga mereka selamat pergi dan kembali...InsyaAllah...Amin.

Satu Petang di Restoran DOLI Taiping




Haa..kalau hangpa mai ke Taiping..memang tak lengkap la kunjungan hangpa kalau hangpa tak mai singgah kat kedai DOLI..ingat sebut betul betul..DOLI..bukan COLI !!
Doli nie bukan kedai dobi...kedai kasut lagi la bukan. Doli nie adalah sebuah restoran.Siap ada air cond lagi restoran nie.
Doli nie speciality dia buat kueh tiaw goreng...kalau kueh lepat..I'm sorry.. tak dak..jangan gatai gatai nak order.
Harga kueh tiaw biasa ( normal ) RM3.50...tapi harga kueh tiaw luarbiasa (abnormal) cecah RM8.00. Apa yang membezakan kueh tiaw biasa dengan luarbiasa...yang tu hangpa kena mai sendiri dan rasa apa yang bezanya. Yang aku tau kueh tiaw biasa... duit aku ada la balance sikit lagi tapi yang luarbiasa.... duit aku..maleh aku nak habaq duit aku tinggai berapa...
Restoran nie ada pantang satu saja....Hari Jumaat. Jangan la hangpa mai pada hari Jumaat..merbahaya. Aku bagi nasihat saja. Ramai yang dah terkena. Sebabnya..restoran nie tutup aaa. Malam Jumaat lagi la...aku maleh nak cerita...orang orang yang dah kahwin saja tau pasai apa....hee..hee

KAMI SEMUA KEPENATAN......

Hari Selasa pegi Ulu Legong Baling. Hari Rabu ronda Sungai Petani. Hari Khamis ada majlis kenduri doa selamat kat rumah abah dan mak di kampung. So hari Jumaat...kami semua penat. Ada lagi 2 hari sebelum sesi persekolahan dimulakan...sempat kemas rumah. Lepas nie kami akan sibuk kembali.....

Aktiviti Biasa....

dah memang kepakaran dia...kat mana pun dia pegi...dia mesti nak selongkar peti ais. Nasib baik peti ais chalet nie tak ada taruk rempah,belacan,kicap atau susu cair Ideal...kalau tak...teruk my wife nak kena bersihkan...

Jom makan ayam organik...RADIX FC



selepas aku dan family check out dari tempat penginapan di Baling,Kedah...kami menuju satu lagi destinasi popular di utara Semenanjung....RADIX FC...mai secawan.
Ini adalah satu satunya restoran makanan segera milik 100% bumiputera dan dijamin halal.
aku dah lama tahu dan teringin nak datang ke sini..cuma selama nie tak berkesempatan...
alang alang aku dah sampai Baling..itu yang kami terus pegi RADIX FC di Sungai Petani.
Pelanggan memang ramai. Kena sabar menanti giliran. Ayam yang disediakan memang sedaaappp...ayam organik. Tak ada berlemak dan betul betul berkhasiat. Ada kesempatan kami sekeluarga memang nak datang lagi ke sini....

Hot Spring Ulu Legong,Baling,Kedah Darul Aman


kawasan desa yang cantik. Mendamaikan.Sesuai untuk berehat..release tension. Selama sehari aku dan family kat sini..memang best. Malam boleh berendam kat kolam air panas..ada pengunjung hingga dinihari !!...
anak anak aku pun enjoy..diaorang semua nak datang lagi. Dengan bayaran sewa chalet semurah RM120.00...aku rasa ianya memang berbaloi.

Vacation....


hari nie hari terakhir aku buat kelas tambahan...so..nak bercuti la pulak.anak anak aku semua suka bercuti. dah pun booking satu resort untuk aku dan family pegi bercuti. harap mereka semua suka. aku pun suka jugak..hee..hee

klasik lagi...


Haa..nie lagi koleksi gambar gambar klasik aku.
Yang sebelah kiri..aku berposing bersama mak cik aku....
Yang sebelah kanan..aku berposing bersama..abah aku..
Haa..sekarang carik 3 perbezaan antara gambar aku yg kiri dengan gambar aku yg kanan.
Selamat Mencuba....

En3 dari anak ketiga...Yuhanis


mhgvhfhekjybhjk gghth h jtgnntmrtnm


p/s : Anak aku kata dia la yang paling cute sekali.Umur dia baru 2 tahun.Hobinya suka menyepah rumah , menyelongkar peti ais dan baca buku ( kadang2 banyak koyak buku )..maklumlah nak jadi saintis..keje2 menyepah , mengoyak dan menyelongkar adalah antara kemahiran yang perlu ada bagi seorang saintis..InsyaAllah. ( Bahasa yang digunakan ialah bahasa2 ujikaji..ujibakat.ujian bulan Februari..hanya aku dan dia je faham )

En3 dari anak kedua...Alea


gcxzaqwertyui biopasdfghjklzxcvbnm


p/s : anak aku cakap..dia seronok sangat dapat taip kat blog nie. Esok cam biasa..dia nak pegi beli aiskrim kat rumah jiran sebelah...

umur dia baru 5 tahun..dia taip guna bahasa planet Marikh...

En3 dari anak sulongku..Siti Khadijah


ASSALAMUALAIKUM
NAMA SAYA SITI KHADIJAH . SAYA BERUMUR 8 TAHUN .SAYA ANAK SULONG DARI 3 ORANG ADIK-BERADIK. SAYA BELAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SIAKAP KUALA KURAU . OK DAH PENAT LA BYE.

Aku Semasa Kecil


Ya..ini la salah satu gambar klasik aku masa kecil. Cuba la teka yang mana satu aku ? tentu la yang paling hensem dalam gambar tu. Pendek kata..sebab ada aku..terus berseri seri gambar tu..hii..hii.
Itu saja sebagai en3 pertama aku. Yang lain..coming soon..