Hari Lahir Siti Khadijah pula...



17 Ogos 2009... genap umur Siti Khadijah 8 tahun. Alhamdulillah.. dah 8 tahun Siti Khadijah sekarang. Semoga terus bahagia dan kekal dalam peliharaan Allah swt..Amin.

p/s : Siti Khadijah masih demam... kesian pulak.

Mari kita pergi memancing




Setelah penat berjemur..alhamdulillah. rezeki kami tetap ada. Ikan haruan dapat kami naikkan. Sebenar dapat 2 ekor. tapi yg seekor lagi tak sempat nak diambil gambar. bateri handset KONG. Anyway.. makan sup ikan haruan la kami...Encik BelalangDewa...tak rindu ke memancing kat sawah dan makan ikan DARAT ???

Ke mana tumpahnya kuah......


Terima kasih Kakak Siti Khadijah. Besar pahala kakak sebab sanggup berkongsi ilmu dengan Adik Alea dan Adik Yuhanis. Terima kasih Cikgu.

KERIAN,SEKOLAH DAN WABAK


Hari Isnin..3 Ogos 2009.. buat pertama kali dalam sejarah sekolah SK Alor Pongsu..murid muridnya diajar dan dibekalkan dengan topeng penutup mulut dan hidung. Langkah ini terpaksa diambil kerana kes wabak A( H1N1) semakin serius di daerah Kerian. Oleh kerana tiada pengalaman memakainya.. kami tersalah bagi arahan... tetapi kemudiannya dibetulkan. Kes di sini memang sudah di peringkat serius. Sudah ada satu kematian di SK Matang Gerdu,Bagan Serai,Perak.Murid melayu perempuan Tahun 4. Al Fatihah untuk arwah... semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin.