IDOLA KANAK KANAK KINI....ABIS LA



Haa..nie la dua individu yang kini menjadi idola kanak kanak Malaysia. Sorang jadi hero BAIK dalam cerita KAPTEN BOLEH di astro ceria. Yang sorang nie pulak jadi abang BAIK dalam rancangan
PONDOK PONDOK kat TV9. Fuhhh...bahaya beb ! anak anak kita mungkin akan anggap apa yang malaun2 nie buat betul..so..ada unsur peniruan nanti. Aku cuma harap satu saja...gamkan terus mereka dari membawa imej hero pujaan pada kanak kanak. Memang tak ada tokoh langsung. Anak anak golongan yang naif...mereka tak tau nak beza mana baik mana yang buruk. So..Menteri Penerangan yang baru..please lah. GAM KAN mereka berdua supaya menjadi pengajaran kepada artis yang lain !!

p/s : Kadang kadang pikir UPIN IPIN lebih bagus diplih jadi idola kanak kanak Malaysia. At least..diaorang nie tak reti nak buat SKANDAL

BANGSAT BETUL SI AMAH NIE....

Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar


KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab.

Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya.
Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.





Anak anak ku










AYAM ORGANIK

Hari nie aku pegi stokis HPA. Aku tengok ayam organiknya dah turun harga. Biasa RM19 tapi hari nie RM15. So, aku pun beli. Komen member2 yg dah selamat makan ayam nie..sedap kata mereka. Aku cuma beli ...nak masak ? belum tahu lagi...kena tunggu my wife. Dia yang terer masak. Aku..setakat terer makan je la. Tapi aku konpius jugak dengan label kat pembalut ayam tu...AYAM KITA... ? So..patutnya aku tak payah bayar la. Ayam kita..mana pulak kena bayar. Lagi satu apasal kat plastik tu ada tanda pangkah ? macam cerita Ali Baba Bujang Lapok saja...rompak rumah yang ada tanda pangkah. Hmmm..hentam saja la Labu.

Steady la KAKAK....

Anak sulong aku. Berjaya mewakili kelompok dia ke pertandingan Action Song Peringkat Daerah Kerian. Tahniah Kakak ! Walaupun tak menang..abah dan mama rasa seronok sebab Kakak dah berjaya masuk ke peringkat Daerah. Tahun depan cuba lagi..mana tau boleh wakil ke peringkat Planet pulak...sapa tau... What's gonna work ? TEAMWORK....

Kalau dia sorang yang tak tidor..ini la kerja dia



Itu la kerja dia..kalau dia sorang yang masih tak tidor. Usik sana..Cuit sini...Tindih sana...Terlentang kat sini. Anak aku no 3...paling aktif dalam family. Terlebih DHA barangkali....

BAWANG DAN KHASIATNYA

Baru baru nie aku ada tengok rancangan Malaysia Hari Ini. Ally Iskandar ada buat satu wawancara dengan tokoh akademik. Prof Diraja Ungku Aziz. Ally ada tanya apa rahsia Pak Ungku masih sihat hingga sekarang...
Salah satu jawapan Pak Ungku...dia amalkan makan bawang... Bila dia cakap macam tu.. aku pun mulakan la kajian ilmiah aku tentang bawang nie. Mula mula aku pegi kedai...beli bawang. lepas tu.. aku belek bawang tu..aku lambung ke udara dan sambut balik bawang tu.. ok..aku dapati bawang tu masih lagi bawang sama macam bawang yang sebelum aku lambung( lupa pulak nak pesan..Boys and Girls..Please don't try this at home..in the movie can )..... aku rasa aku perlu kaji lebih mendalam lagi tentang bawang..so..surf the internet la...find out about shallot..

Aku jumpa satu artikel dalam blog warga Indonesia. Dia ada huraikan tentang bawang. Aku cuba translatekan artikelnya ke bahasa ibunda kita.. lebih kurang begini la bunyinya...

Bawang merah digunakan secara tradisional untuk menurunkan panas badan ( termasuk juga panas baran ) , mengubati masuk angin(termasuk juga kerap sangat buang angin)...kembong perut agaknya,mengurangkan risiko kolestrol,serangan jantung ataupun jantung diserang,kanser dan juga radang ( termasuk juga..meradang tak tentu pasal ).

Secara ilmiahnya, kandungan sulfur yang ada dalam bawang yang diambil secara teratur mampu menurunkan kolestrol dan menghilangkan gumpalan darah ( yang nie aku tak berapa faham sangat..apa maksud gumpalan darah ?? )

Kandungan flavon-glikosida ( aku tak pernah dengar pulak nama saintifik bahan nie..maklum la masa sek..kimia dpt 9 ) berfungsi sebagai Anti radang..bagus la untuk orang yang suka meradang. Bahan itu juga boleh dan mampu membunuh bakteria...bunuh orang aku tak pasti pulak. Tapi tak rasanya. Buktinya Pak Ungku amalkan bawang..sihat hidupnya.

Bawang merah juga mengandungi saponin ( nie lagi la aku tak pernah dengar ).Bahan ini fungsinya untuk mencairkan kahak..kira macam ubat batuk tradisional la. Bawang juga ada vitamin B1 ( thiamine ),B2 ( riboflavin ) dan C ( asid askorbik ).

Orang yang tinggal di desa di Indonesia kata penulis blog ini telah menggunakan bawang merah untuk meredakan demam pada kanak kanak,kembung perut,muntah muntah dan batuk.Cara penyediaan ubatnya sungguh mudah..kupas bawang merah dan dilenyek sehingga hancur lebur.Serpihan bawang merah itu kemudiannya disapukan ke perut bayi,kanak kanak yang kembung perut dan muntah muntah.

Itu saja la fakta yang aku mampu cari. Sebenarnya aku dah lama amalkan makan bawang merah nie dalam menu seharian. Bila Pak Ungku bagitau tentang khasiat bawang..lagi la aku terus amalkan pemakanan bawang nie. Cuma aku rasa.. bawang merah ( Si Siska ) dan bawang putih ( Si Alia ) tu apa pulak khasiatnya ?? sekadar buang masa aku menonton ceritanya ada la. tak habis habis bersambung....nasib baik dah habis cerita tu...

p/s : Aku tiba tiba teringat kat Kartunis Bawang.. Majalah Ujang. Dia memang ada khasiat.. boleh bagi orang gelak sorang sorang. Cerita Selangkah Ke Alam Misteri yang dia buat memang class. Kartunis Bawang...teruskan berkarya... Aku peminat no 1 hang.

BANJIR....SAMPAI BILA ???






Pagi nie aku ada kelas tambahan di SK Alor Pongsu. On the way nak ke sekolah..aku tengok bacaan paras air terkini di KM 13 - 17 .. Jln Alor Pongsu - Selama dah cecah 22 inci. Aku terdetik jugak di hati nak pegi ziarah mangsa banjir kat kawasan nie... kira macam YB la pulak. Lagipun semua pemimpin kini sibuk meraikan perlantikan PM ke 6..kalau ada ADUN atau YB Parlimen pun..diaorang semua sedang sibuk sambil menyibuk di P59 Bukit Gantang. Sapa la yang nak peduli sangat tentang nasib penduduk sekitar kawasan KM 13 - 17 Jln Alor Pongsu - Selama nie..

MASTER OF CEREMONY



2.4.2009..First time in my life...I was appointed as a master of ceremony for English Language Competitions.Fuhh.. I just keep wondering... Can I carry out this task ? Well..whether I like it or not.. I had to follow the order.
My school took part in public speaking,story telling and action song competitions. Unfortunately, we only managed to get third place in story telling competition.For action song and public speaking, we just so unlucky..we lost to other schools. Never mind.. we learned from our mistakes. Hopefully next year.. we can improve our
performance and achievement...InsyaAllah.