BANGSAT BETUL SI AMAH NIE....

Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar


KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab.

Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya.
Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.





4 comments:

zees said...

memang menakutkan.....tu pasal la aku ambik maid yg aku dan hubby dah kenal...kalo tak, tak percaya aku nak tinggalkan baby aku nanti....

this maid yg pijak perut budak nie come from hell lah aku rasa !!!

Aman said...

hang better pasang CCTV. Sebaik mana pun maid kita tak leh percaya...depan kita pijak semut pun tak mati. Belakang kita...pijak apa pun mati OOO..

zees said...

hang sponser cctv satu kat aku bleh....kalo ada bajet lebih, memang aku nak pasang....

Aman said...

CCTV kat tempat aku ada yg semurah RM20. Kualitinya entah... mungkin gambaq lelaki nampak cam pondan..gambaq pondan nampak cam lelaki...aku agak macam tu la. hang nak ke ? aku beli reti..pasang..tak berapa reti.