Aku sebenarnya pernah pegi ke Putrajaya pada masa awal kemunculannya. Ikut rombongan sekolah. aku sebagai guru pengiring. Waktu tu..kami cuma berlegar di sekitar Dataran Putrajaya. Pada waktu, aku dah mula tertawan dan kagum dengan keindahan dan keunikan Putrajaya.
Namun, hajat aku nak rasa macam mana kehidupan di Putrajaya akhirnya termakhbul. Mengambil kesempatan daripada tugas menghantar ibu bapa ku ke KLIA, kami sempat bermalam di rumah adik aku di Putrajaya. Selama 2 hari 2 malam aku di Putrajaya..aku rasa seronok juga dengan cara kehidupan di sini. Semuanya teratur dan banyak kemudahan disediakan untuk penghuninya. Siap ada kolam renang kat Pusat Komuniti setiap Presint.
Aku rasa seronok bila mengetahui...negara kita memiliki satu bandar secanggih Putrajaya...
2 comments:
apa saja benda yang baru muncul akan menjadi bahan bualan. ada yang suka dan ada yang bangkang. begitu juga dengan projek putrajaya tu... tetapi semasa saya di utusan dulu pernah tulis pasal KL perlukan bandar tambahan utk tampung kepesatan KL. tak lama lepas itu wujudlah putrajaya. tapi saya tak kata kerana tulisan saya putrajaya wujud. mungkin satu kebetulan...
wah..pak belalang pernah kerja wartawan rupenya. Tentang putrajaya..memang ia telah menjadi mercu tanda negara yang patut kita semua sayangi. saya sendiri secara peribadi amat kagum dengan idea dan perancangan pemerintah terdahulu dalam menjayakannya...tak lupa kredit untuk pak belalang yang turut sama menyumbangkan idea penubuhan bandar baru secanggih putrajaya.
Post a Comment